As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya

*TEMAN SEJATI*

Teman sejati, hanyalah Amalan rahsia, yang hanya kita dan Allah saja yang tau.

Menerangi kubur kita, menjadi tiket ke Firdausi.
Bukan mereka yg selalu memberi pujian atau sanjungan di setiap
statusmu..

Bukan pula mereka yang selalu ada di tiap postingmu, bukan pula mereka yang ada di ‘lingkaran’ kita.
Jika solat Dhuha, Tahajud, Puasa_sunnah dan amalan lainnya kita catat di akaun kita, nescaya pahalanya pun menguap seperti menabur garam di lautan.. tak bersisa!!
Itulah mengapa Rasulullah menyuruh kita menaburkan pasir kepada orang yang memuji kita, kerana pujian boleh mendatangkan riya’, sehingga amalan menjadi sia-sia…
Betapa halusnya riya’ mengikis pahala, seperti angin yang menerbangkan wewangian. Harum baunya sejenak lalu menghilang tanpa kesan…
Semoga kita terhindar dari sifat Riya’ dan sombong
Allahumma Aamiin..

p/s:
Teman sejati adalah AMALAN rahsia yang hanya kita dan ALLAH saja yang tahu.
Teruskan zikrullah dan amalanmu💚

💛💚💙💜💗💛❤️

Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjangkan lisanmu untuk selalu mendoakannya.
Pesan pada hati.
Benci jangan sampai menghina.
Suka jangan sampai memuja.
Menangis jangan sampai merana.
Moga moga Allah jaga baik baik hati ini.
Orang yang tenang sentiasa menang.💚

Dapur

Operasi tiga dapur rakan kongsi Syria Care yang terbabit dengan Kempen Ramadan Al Khair 6.0 (KRAK 6.0) di dalam Syria hanya boleh bertahan sehingga Jumaat ini, berikutan kekurangan kutipan dari penderma.

Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, pihaknya sebelum ini berjaya mengumpul dana berjumlah RM1.16 juta dan sumbangan itu telah dihantar bagi operasi ‘enam dapur’ di dalam Syria sejak dari hari pertama Ramadan.

Katanya, kutipan sumbangan daripada penderma telah disalurkan kepada tiga rakan kerjasama Syria Care iaitu Muassasah al Ahbab Insani, Emar al Sham Humanitarian Association dan Tawasso Charity Organisation.

“Apa yang pihak Syria Care difahamkan, jumlah dana tersebut hanya mampu bertahan sehingga Jumaat ini dan kemungkinan besar operasi di tiga dapur pusat kebajikan berkenaan tidak dapat diteruskan sehingga ke penghujung Ramadan ini ekoran dana yang masih belum mencukupi.

“Untuk itu, kita sangat berharap agar lebih banyak sumbangan dan derma dapat dihulurkan oleh orang ramai bagi memastikan operasi tiga dapur rakan kongsi Syria Care di negara bergolak itu dapat diteruskan sehingga ke penghujung Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tambahnya, bagi terus menggerakkan operasi tiga dapur berkenaan sehingga akhir Ramadan, Syria Care menjangkakan dana berjumlah RM850,000 lagi diperlukan dengan kadar segera bagi menampung kos operasi termasuk keperluan bahan mentah, perkhidmatan agihan dan lain-lain. Ini kerana ketiga-tiga dapur ini menyediakan sejumlah agihan yang besar iaitu penyediaan bekalan makanan kepada hampir 15,000 orang sehari.

Katanya lagi, operasi tiga lagi dapur lain iaitu di Sam Serif Dernegi, Ulfah Human Relief dan Khair for Relief Western Gouta masih boleh diteruskan kerana kos operasi di tiga penempatan itu adalah tidak begitu besar.

Jelasnya, melalui KRAK 6.0 yang dilancarkan sebelum ini, orang ramai boleh menaja iftar dan sahur sebanyak RM15 untuk seorang penerima di negara yang dilanda konflik itu.

“Kepada rakyat Malaysia, Syria Care merayu untuk terus bersama membantu bagi memastikan ketiga-tiga dapur berkenaan terus beroperasi. Jangan hampakan harapan pelarian Syria yang menanti sumbangan anda,” katanya.

Menurut Siti Sakinah lagi, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menderma menerusi akaun bank Syria Care iaitu CIMB Islamic 8601894560; Maybank Islamic (562106653575); RHB Islamic (26225000021775) serta Affin Islamic (105990040004).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820 atau bagi memaklumkan derma yang telah diberikan.

8

*8⃣TIPS LAILATUL QADR*

*1⃣JANGAN TINGGAL* solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

*2⃣JANGAN TINGGAL* solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

*3⃣JANGAN TINGGAL* solat Ba’diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

*4⃣SELESAIKAN* solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

*5⃣JANGAN LUPA* bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

*6⃣JANGAN LUPA* istighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

*7⃣SENTIASA* sediakan wang sadaqah pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

*8⃣JANGAN TINGGAL* solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

_*Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.*_

Wallahua’lam

Rayuan.

🆘RAYUAN KECEMASAN KEBAKARAN🆘

*DUA KELUARGA SEHELAI SEPINGGANG MENYAMBUT AIDILFITRI*

Awal pagi Sabtu 9 Jun 2018 / 24 Ramadan 1439 kira-kira jam 1.50am telah berlaku kebakaran yang memusnahkan rumah dua keluarga di Kg Paya Jaras Tengah, Sg Buloh, Selangor.

Mangsa pertama Pn Ridzawati sempat menyelamatkan anak-anak yang masih kecil dan suami yang terlantar sakit (stroke dan koma).
Anak-anak Pn Ridzawati:
1. Haizul Rahman (14)
2. Nur Aisya Qadija (13)
3. Nur Amera Elisa (11)
4. Nur Fitriyani Uqasha (3)

Mangsa kedua En Fauzal, isteri dan anak-anak baru bersiap pulang dari berniaga air balang di Downtown Bandar Baru Sg Buloh.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

Kedua-dua rumah hangus. Semua harta benda, baju raya anak-anak yang baru dibeli dan stok berniaga tidak dapat diselamatkan.

Di akhir 10 malam terakhir Ramadan, ayuh kita bantu mangsa yang dalam kesempitan dan kesedihan kurang seminggu menyambut Aidilfitri.

Hulurkan tangan, sampaikan bantuan ikhlas kepada akaun mangsa:

🏧 BANK SIMPANAN NASIONAL
1000-5410-0017-6744
Pn Ridzawati Binti Jamaludin
+6016-389 7237
(Mangsa Pertama)

🏧 MAYBANK BERHAD
1627-6807-1684
En Fauzal Atni Adlis
+6012-266 7955
Pn Siti Zainab Binti Mohamad
+6017-373 5880
(Mangsa Kedua)

Sebar dan Tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak berpeluang membantu.

Mereka juga ingin bergembira di pagi Syawal yang mulia😭😭😭

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih!

Tolong kami tularkan ya.